Kata Hatikoe
Buku merAh…Sonata Hatiku
Warna terakhirku

Warna hidup…Colour of life
Tidak ceria hidup tanpa warna…
Tiadalah makna hidup tanpa warna…Warna-warni mewarnai hidup….
Citra kehidupan adalah warna…Jauhari hidup juga warna…keinginan itu juga warna…dan apakah warna hidup anda….
Laut tidak selalu tenang…Begitu juga hakikatku…
Langit itu tidak selalu cerah…Begitulah hakikat hidupku….
Warna cinta warna bahagia…begitu juga hakikat hidupku…
Warna kelam warna sedih…begitu juga hakikat hidupku…
Gembira itu warna ku…kebahagiaan dirimu adalah warnaku…kesedihan dirimu adalah warnaku…kesedihan diriku juga adalah warnaku..Sepi itu warnaku… Warna itu datang dan pergi…Mengganti yang pergi dan pergi begitu sahaja….
Warna cinta…
Kerana warna itu kehidupan….
Cinta disemai tidak pasti…
Kembang mekar akhirnya layu…benar atau dusta…
Bukan semua dapat digengam…cinta layu cinta palsu…Kerana cinta suci datang dari warna hati….
Kerana warna itu kehidupan….
Ucapan salam dariku…salam warna kehidupan terakhir…Salam yang terakhir dariku..Kerana bimbang tidak berkesempatan…bila2 ia padam…kerana merasakan semakin hampir…terimalah warna sayangku untuk semua….
Salam terakhir kepada yang ku kenal…salam kepada keluargaku…dan salam kepada yang tersayang….
Salam istimewa dariku…dari warna hatiku, warna untuk semua…Dari warna selaut hatiku…Untuk mewarnai kerinduan hatimu…
Maafkanlah diriku…sekiranya warna itu tidak indah….Gantikanlan warna itu dengan warna ceria…Maafkan diriku akan warna itu…
Kerana warna itu kehidupan….
Sekiranya ku punyai waktu…Ingin ku mewarnai semula dengan warna bahagia…Tapi kini ku tidak mampu…aku akan pergi tidak lama lagi…
Kenangan indah ku…mewarnai dunia ini…akan lenyap bersama dengan bahagia… Pergilah ia bersama kenanganku…abadikanlah warnaku didalam ingatan…
Sekiranya warnaku padam dari warna dunia ini..padam untuk selama-lamanya…jangan warnai hidupmu dengan warna sedih…warnailah warnamu dengan warna bahagia…kerana warna pudar diganti terang…Warna terang warna indah dan…kerana warna itu membuat ku tersenyum… salutilah warna bahagia itu dipelusuk hidupmu….
Terima kasih segalanya…warna sayang untuk diriku…warna cinta untuk diriku…warna bahagia untuk diriku…warna senyummu untuk diriku…warna takzim untuk diriku…dan warna hidupmu untuk diriku…semoga ku pergi dengan senyuman…Ku menghargai warna hidupmu….untuk selama-lamanya….
Kerana:
WARNA ITU KEHIDUPAN……..
Gamelan tariku

Cinta itu bukan kama…Hati itu bukan abadi…
Gurindam hati mengenang jiwa…Jiwa yang pergi entah kemana…
Berhati-hati meredah gelombang…Meredah gelombang dengan bijaksana…
Berhati-hati menunggu kasih…Kasih mewangi hiasan budi…
Suaramu adalah kilafku…sayangmu adalah suaraku…
wajahmu adalah santunmu…wajahkau adalah santunku…
Alangkah indah santu melayu…Bebudi bahasa disanjung tinggi…
Siapa gerangan hati itu…Yang pandai berbicara mimpi…
Yang mampu mnegukir senyumku…Yang mampu membuat aku berbangga…
Siapa hati yang mengutus sayang…Utusan sayang membawa rindu…
Shahadan hati itu suara hatiku…
Adakah mimpi itu cinta?
Adakah durja itu rindu?
Adakah madu itu penawar?
Adakah damak itu racun?
Adakah ketemu pengubat rindu?
Adakah perpisahan menambah rindu?
Adakah gembira itu tandanya bahagia?
Adakah sepi itu tandanya derita?
Cinta itu mudah diungkap…
cinta itu mudah di cipta…
Cinta itu mudah dipermainkan…
Cinta itu mudah direka…
Tetapi cinta itu sukar dimusnahkan…
Mudah sungguh madahkan cinta…Cinta kama membawa terbang…
Melayang jauh panahan asmara…Berhati-hatu perangkap cinta…
Cinta diungkap adalah mudah…
Tidak semudah cinta diberi…
Gamelan tariku membawa cerita…
Alangkah indah menjadi unggas…Terbang gembira membawa cerita…
Alangkah indah menjadi awan…Putih gemilang putih suci…
Alangkah indah menjadi laut…gagah perkasa membadai pantai…
Alangkah indah menjadi gunung…Tinggi-tinggi mengapai awan…
Gurindam hatiku bermadah berkata…
Aku manusia insan istimewa…Biarpun kekurangan kau adalah satu…
Ku adalah diriku…Berbanggalah akan diriku…
Ikutlah resampadi…semakin berisi semakin tunduk…
Jangan sombong akan diriku…Tetapi berbangga akan pencapaian diriku…
Gurindam ini gurindam hari…
Gamelan tariku…madah hatiku…
Berbicara hatiku akan utusan…
Utusan hati berbuku sudah…
Pecahkan tempurung kebaralah jiwamu…
Mengenal hidupmu untuk kebaikan…
Tak kala itu kesedihan melanda…
Padamlah sedih gantikan cerita…
Cerita hati memujuk rindu…
Bicara hati tenangkan diri…
Adakah?
Adakah?
Adakah aku ini aku…
Yang tidak mampu untuk meneruskan hidup tanpa seseorang untuk menyokong hidup aku…
Aku memerlukan tiang yang istimewa untuk menyokong survival hidup aku..
tidak kira siapa orang itu…selain keluarga..Aku memerlukan orang yang aku sayang untuk menyokong hidup aku…
Adakah?
Adakah aku ini orang yang menyusahkan orang lain…
Bagi aku adalah ada…
Ku memohon kemaafan kepada orang yang aku susah disebabkan hidup aku…
Diri ini megucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat…dan juga memohon sejuta kemaafan kepada mereka termasuk keluargaku, sayangku yang ku cinta, teman2 dan juga kepada mereka yang terlibat…
Maafkan diriku sekiranya dirimu terluka akan disebabkan diriku…
Adakah?
Aku ini suka mengada-ngada?
Aku tidak mengada-ngada…
Aku memerlukan perhatian dikala diriku sunyi dan sepi…
Aku memerlukan seseorang untuk melayan kesunyian aku…
Aku memerlukan seseorang untuk mendengar suara hatiku…
Aku suka untuk mendengar cerita…Cerita hati, alam, dan juga perasaan…
Dan aku suka bercerita….
Kerana aku adalah insan yang mudah menangis apabila aku keseorangan…
Aku akan bersedih sekiranya aku berjauhan…dan akan gembira apabila aku disisi yang tersayang…dan dapat memeluk dan bercerita tentang apa-apa…
dan juga mendengar cerita darinya…
Aku gembira melihat senyum..dan sedih melihat sedih…
Kerana aku adalah aku….
Adakah?
Aku tidak bersedia untuk itu…Kerana kini aku mengalaminya…
Aku tidak suka berjauhan…
Aku tidak suka berpisah…
Aku tidak suka dengan kebencian…
Itulah hakikat aku sebagai manusia…
kerana aku yang memilih cara hidup gelap itu…
kerana aku menanam sayang yang sementara dalam hatiku…
dan aku lupa dengan sayang yang abadi…
apa yang aku tahu…terus terang aku katakan…
aku tidak boleh menipu diriku sendiri…
Aku menyayangi seseorang….yang milik semua orang…
Walaupun aku cuba untuk menenangkan keadaan perasaan diriku sendiri…
Adakah?
Aku tidak pasti…Kerana perasaan itu unik…
Perasaan mampu pergi dan datang begitu sahaja…
Aku sendiri tidak pasti akan diriku…
Keadaan diriku…
Yang aku pasti adalah sesuatu yang mengganggu fizikal aku…
yang mampu memisahkan aku dengan dunia…
Kesakitan itu kadang kala membuatkan diriku mati…
Memicit, meramas, dan menikam diriku untuk kesakitan…
Apa itu? aku tidak pasti……
Sekiranya aku ditakdirkan pergi akan kerana itu…
Aku memohon kepada yang Esa…supaya berilah peluang kepadaku…
Untuk memperbaiki kerosakkan yang aku lakukan…
dan melaksanakan tanggungjawap yang belum aku selesaikan….
Adakah?
Aku bukannya seorang yang terlalu mengharap….
Tetapi aku adalah orang yang suka melihat kebahagiaan orang lain…
Aku tidak kisah akan kesusahan diriku…
Aku tidak kisah akan celaka diriku…
Aku tidak kisah akan pengorbanan aku dipermainkan…
Aku tidak kisah akan perasaanku diperkecilkan…
aku tidak kisah akan kritikan
Yang penting aku suka tersenyum…
Lihat apa yang aku lakukan…
Senyum lihat apa yang telah aku lakukan untuk mengukir senyuman orang lain…
Senyum melihat kebahagiaan orang lain…
Senyum melihat kegagalan orang lain dihapuskan…
Dan senyum mendengar penghargaan…dan senyum melihat remukkan dihatiku…
Adakah?
Gila? aku tidak gila…aku tidak bengong…dan aku tidak mempunyai masalah akan diriku…
Mereka tidak tahu akan diriku…
Mereka tidak tahu apa perasaan diriku…
Mereka tidak tahu apa yang aku inginkan…
Mereka tidak layak menggelarkan diriku gila atau sebagainya…
Kerana mereka sepenuhnya tidak tahu akan diriku…
Hanya mereka yang mendengar madah hidupku sahaja sedikit sebanyak tahu…
Akan hakikat riwayat hatiku….
Adakah?
Aku adalah aku…
Aku akui aku adalah seseorang…
Yang masih jahil akan sesuatu perkara…
Berperang dengan perasaan dan juga realiti…
Aku akui aku adalah seseorang yang dikejar dengan bayang2 diriku sendiri…
Aku akui aku adalah orang yang sedikit sebanyak melakukan bayang perkara…
Menurut hatiku sendiri…
Dan aku mahu akan kehidupanku sendiri…
Adakah?
Aku melangkah jauh untuk menghabiskan riwayat hidupku…
Menghitung waktu…saat, jam, hari, minggu tahun….
Bergerak ke utara…selatan…timur…dan barat…
Memujuk diriku yang mempunyai pelbagai karekter…
Aku sedih akan diriku…tetapi di balik kesedihan itu…
Aku bangga akan diriku…
Adakah?
Aku akui aku mempunyai seseorang yang aku sayang…
Aku berharap sayang itu tidak membunuh hidupku…
Dan aku berharap sayang itu akan kekal untuk selama-lamanya…
walaupun sayang itu menjadi sayang ukwah…diantara diriku dan dirinya…
Kerana itu tidak akan kekal untuk selama-lamanya….
kerana aku akan pegang itu sebagai janjiku…
Walaupun kutahu akan dirinya sebenar…
Adakah?
Percayalah…aku adalah insan biasa…melakukan banyak kesalahan….
diriku berharap…Aku akan pergi meninggalkan semua dengan seribu kenangan terindah..Pergi dengan bangga akan kebahagiaan dirimu…
Pergi dengan aman akan diriku sendiri…
Pergi dengan sejuta senyuman kerana senyuman dirimu itu….
Salam sayang dari diriku…
From heart with love
Cerita kegemaranku…..

Aku suka menonton cerita kartun…Kerana cerita kartun membuatku lupa seketika dengan masalah….
Aku suka menonton cerita cinta…Kerana cerita cinta melembutkan hatiku…
Aku suka menonton cerita hantu atau seram…Kerana itu memberanikan diriku yang lemah..
Aku suka menonton cerita komedi…Kerana komedi menggeletekkan aku untuk merewang…
Dan paling penting…Aku suka dengar cerita dari sayangku…Kerana cerita dia membuatku sayang..dan rindu akan dirinya…
Dan dia…apa cerita yang dia suka???
Ceritera hatiku
Selamat hari lahir buat sayangku…Ucapan itu tidak disahut oleh mu…semasa malam aku mengucapkannya kepadamu….Sedikit tersentuh bagiku…..
Hari ini aku menyaksikan kisah yang membuatku menjadi terlalu tertnya-tanya tentang seseorang yang aku cintai dan sayangi….
Dengan kaletahnya yang membuatku…semakin ingin mejauhi diriku darinya…
Kerana khuatir akuadalah punca …Tetapi di benak hatiku mengatakan…Bukan aku…
Pada hari ini…perkataan yang sering aku dengar…dan baca hanyalah…PERPISAHAN.. darinya…
Kadang kala aku meluat dengan sebutan itu..dan inginku menjerit sekali…bahawa perpisahan itu pasti bagi setiap seorang…Kadang-kadang pada waktu itu aku termenung membelakangi dia..kerana pada masa itu memang betul aku menangis…Tetapi aku melindunginya kerana aku mempunyai ego…ego yang mengawal diriku….
Dan selama ini aku semakin sedar keakraban dia dengan aku semakin kurang…dahulunya dia kurang berahsia..sekarang banyak berahsia denganku…itu tidak mengapa..kerana itu hak dia…Mungkin kerana dia sudah jemu dengan diriku…dan aku bersedia sekiranya perpisahan dia minta dariku…sekiranya itu membuatnya dia gembira….bahagia dan bebas…..Dan apakan daya…itu yang aku mampu…kuatkan hatiku…dan rela sekiranya itu berlaku….
Kerana dia yang memulakan perhubungan dia dengan diriku..dan dia juga layak untuk memutuskan hubungan dia dengan aku..Tetapi aku berharap dia tidak melakukan…Kerana aku masih memerlukan dia..kerana aku sayang apa yang aku telah sayangi…
Dan kerana itu aku teringat saat aku mula bertemu dengannya setelah dia keluar meninggalkan aku buat seketika…dan aku sentiasa tertanya akan dirinya dan mendoakan keselamatan dirinya…
Kerana bagiku sekarang dia adalah orang yang aku sayang….dan seringkali aku cemburu dengan dirinya apabila aku melihatnya membaca sms…
Sayangku…itulaha luahan hatiku…sekiranya kau membaca…diriku memohon kemaafan darimu sekiranya mengguris hatimu…Tinggalkan kan komen mu untuk blog ini…
Kerana abg menyayangimu……
Aku berbangga kerana sepanjang pemerhatian aku terhadap diri sendiri..aku merupakan penyabar dan tenang menhadapi karenah orang lain..Tetapi menjaga hubungan dengan orang sperti aku adalah senang…tetapi adalah sukar menjaga perhubungan kita dengan orang yang kasih sayang nya berbelah bagi…aku akan cuba menjaga perhubungan ini….
Mimpi…
Mimpi adalah kunci…
Untuk kita menakluk dunia…
Lepaskan mimpi di angkasa untuk mewarnai jiwa…
Semalam aku bermimpi…Sama ada kau bersedia untuk menghadapi kenyataan itu…
Mimpi bercampur sedih dan pilu…
Dan mimpi itu juga..Membawa diriku…
Hmmm…mimpi adalah mimpi…
Mimpi itu rona roni kehidupan…
Walaupun mimpi itu tidak seindah syurga
Aku adalah aku

Aku adalah aku…
Dan mempunyai sesuatu yang menarik hatiku…untuk ku menyayanginya…
dan untuk dicintai oleh hatiku…
Aku mengenali aku dan aku mengenali dia…
Aku mempunyai diriku dan dia mempunyai dirinya…
Tetapi di dalam diri ku juga mempunyai dia untuk diri ku…
Kerana aku menyayangi dia….
Dan aku menyintai dia…
Kerana itu cinta…
Dan kerana itu bukan benci…
Dan kerana itu…aku sentiasa merinduinya
Teman Hatiku
Recent Comments